"Dia seorang gadis yang bukan hanya memikirkan diri sendiri.Atas kesilapan masa lampau,si gadis menjadikan dirinya sebagai pesalah lalu menghukum diri sendiri". Kehilangan tempat mengadu kasih amat memeritkan baginya iaitu seorang insan yang bernama Nik Afezal.
Novel ini mengisahkan tentang dua buah keluarga yang masing-masing hendak menyatukan anak-anak mereka yang telah kecewa dalam percintaan dengan insan yang terdahulu. Perkahwinan mereka di ibaratkan "kahwin paksa"..masing2 tak pernah ada perasaan.Dzul Ehsan adalah seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi, sikapnya mulai berubah setelah berpisah dengan isteri yang dicintai semasa berada di luar negara.Ehsan telah dikurniakan seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan mereka.Mereka berpisah akibat berlakunya ketidaksefahaman antara mereka.Dzul Ehsan menjadi seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan menyerahkan anaknya kepada ibunya iaitu Datin Fatimah.
Anith Fitriah..satu-satunya gadis tunggal dalam keluarga,perkahwinannya dengan Dzul Ehsan menyebabkan dia terpaksa melupakan cintanya terhadap Nik Afezal. Perkahwinan dengan Dzul Ehsan merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Kehidupan mereka menjadi serba kekurangan dan sering berlaku pergaduhan hanya disebabkan perkara yang kecil.